KENALI APA ITU FAIL MEJA

14 Perkara Utama Mengenai Fail Meja

Fail Meja merupakan satu-satu rujukan untuk individu di peringkat jawatan. Ia dirangka berasaskan tugas dan tanggungjawab seseorang guru. Ia juga mengandungi maklumat atau panduan untuk menjalankan tugas bagi satu-satu jawatan. Kandungannya merangkumi 14 perkara utama, iaitu:

1) Objektif Jabatan atau Pejabat, sama seperti dengan Manual Prosedur Kerja.
2) Objektif Bahagian atau Unit dalam Jabatan/Pejabat.
3) Carta Organisasi Jabatan/Pejabat, sama seperti dengan MPK.
4) Carta Organisasi Bahagian/Unit: Menjelaskan kedudukan setiap anggota dan tugas masing-masing.
5) Senarai tugas/kuasa dan hubungan pegawai dengan pegawai-pegawai yang lain.
6) Peraturan-peraturan pentadbiran untuk setiap aktiviti/tugas.
7) Proses kerja untuk aktiviti yang berkaitan dengan pegawai.
8.) Carta Aliran Kerja menjelaskan tindakan-tindakan secara sistematik.
9) Senarai semak berbentuk soalan, rangkai kata atau pernyataan peringatan untuk menyemak tindakan-tindakan yang diambil.
10) Borang yang berkaitan dengan tugas pegawai dan panduan menggunakannya.
11) Senarai undang-undang dan peraturan untuk dirujukan supaya tindakan yang diambil adalah betul dan tepat.
12) Senarai Jawatankuasa ang dianggotai oleh pegawai yang berkenaan.
13) Norma kerja yang menjelaskan tahap prestasi dengan harapan dicapai serta berfungsi sebagai asas menilai pencapaian produktiviti.
14) Senarai Tugas Harian dengan tujuan mengingat aktiviti-aktiviti yang perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut jadual.

Barisan Pendidik SMKBBS 2009

BIL
NAMA
1
AHMAD HUSAINI BASHA B AINI
2
ABD. HALIM BIN MD. YUNUS
3
AZHAR BIN ABD. GHANI
4
AZIZAH BT RADZALI
5
FATIMAH BT WAN ABDULLAH
6
HABSAH BT MOHAMAD NASIB
7
HAMDAN BIN HUSIN
8
ISMAIL BIN ALIAS
9
IZWANUDDIN BIN YAHYA
10
KAMSIDI BIN SALBANI
11
KHAIRULSHAM BIN NOH
12
KHURSHIAH BT MOHD IBRAHIM
13
M. ALIZAN B. AB RAHMAN
14
MASZURA BT MD. JANI
15
MD. ARIEF AZHARI BIN ABD. RAZAK
16
MD. BAKHRI B MOHAMMAD
17
MD. EHUAN BIN IDRIS
18
MOHAMAD SOFFI B ISMAIL
19
MOHD HAMI BIN MOHD AMIN
20
MOHD. KHAHAR BIN RAMLY @ MOHD ALI
21
NAZARYIAH BT MD. NOR
22
NAZRATULAIN BT MURGANI
23
NOR AZIMAH BT ZAKARIA
24
NOR AZLI BIN MD NOR
25
NORASIAH BT MOHAMAD SALLEH
26
NORHANIZA BT DHAHLAN
27
NORIAH BT NAYAN
28
NORIZA BT MAAROF
29
NORLAILI BT MUHAMED ANUAR
30
NORLEILA BT ISMAIL
31
NORLINA SIA BT ABDULLAH
32
NORLIZAWATI BT SALLEH @ ALIAS
33
NORULHUDA BT MOHD BAHAROM
34
NUR ARDINI CHONG BT ABDULLAH
35
OTHMAN BIN WAHID
36
SA'AIDAH BT DURALIM
37
SHAIK ABD. RAHIM BIN SHAIK AKBAR
38
SHARIFAH HAIRANI BT SYED HASHIM
39
SITI RAFIDAH BT JAS
40
SITI SALINA BT SANUSI
41
SITI ZAMRAH BT ISA
42
SUHAILA BT SAAD
43
SUHAIMI BIN MOHAMED YUSOF
44
SUHITA BT YEOP JOHARI
45
TUTY SUTINA BT HAMZAH
46
WAN SHARIFAH BT W. ABD. GHANI
47
ZAINON BTI IDRIS
48
ZARIAH BT MOHAMED
49
ZUBER BIN SUTIN
50
ZUERIEANI BT NONG

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG



1.En Khairulsham b. Noh

2.En Md Bakri b. Mohammad

3.En Ahmad Hussaini Basha b. Aini

4.Cik Nor Azimah bt Hj Zakaria


Tahniah diucapkan juga kepada Pn Rosmaini bt Alias (Ketua Pem.Tadbir).

Majlis penganugerahan akan diadakan di Dewan Bestari SMKBBS pada 24 Jun 2009 (Rabu). Semoga penganugerahan ini akan menjadikan perkhidmatan lebih cemerlang dan terbilang. Teruskan khidmat anda untuk sekolah dan negara.

Blog Sekolah

Visi dan Misi


VISI

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting cemerlang menjelang 2010

MISI

Memastikan kecemerlangan kurikulum
Menjana kecemerlangan dalam kokurikulum

Sejarah Sekolah SMKBBS

Sekolah Menengah Kebangsaan (F) Bandar Baru Serting (SMKBBS) terletak dalam daerah Jempol. Bahau ialah bandar yang terhampir dengan jaraknya kira-kira 12km. Sekolah ini dibuka pada 1hb. Disember 1989. Pada peringkat awalnya, sekolah ini telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Serting yang terletak bersebelahan dengan lokasi sekolah sebenar sekarang. Bilangan guru ketika itu hanyalah seramai 13 orang. Manakala jumlah pelajar tingkatan 1 pada tahun pertama persekolahan ialah seramai 193 orang yang diagih-agihkan kepada enam kelas. Sesi persekolahan dijalankan pada sebelah petang.
Pada 1hb. Jun 1990, SMKBBS telah berpindah ke lokasi sekolah sebenar yang terletak di dalam kawasan pembangunan FELDA dengan keluasan kira-kira 16 ekar persegi. Pada awalnya, sekolah hanya mempunyai 3 buah bangunan setinggi 2 tingkat. Dengan pertambahan bilangan pelajar, mulai tahun 1992 SMKBBS telah mengadakan dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang. Sesuai dengan peningkatan jumlah pelajar, infrastruktur sekolah juga telah bertambah dengan terbinanya 3 buah bangunan baru iaitu sebuah bangunan setinggi 3 tingkat dan 2 buah bangunan setinggi 2 tingkat pada pertengahan tahun 1994. Berdasarkan perkembangan fizikal dan pertambahan bilangan pelajar yang pesat, pada 1hb. Mac 1994 SMKBBS telah dinaikkan taraf menjadi sekolah gred A.
Tahun 1999 merupakan tahun yang amat bermakna dalam sejarah SMKBBS. SMKBBS telah terpilih di antara 90 buah sekolah untuk perlaksanaan Projek Rintis Sekolah Bestari. Sekolah ini merupakan satu-satunya sekolah felda dalam negara yang diberi kepercayaan untuk melaksanakan projek ini. Pelbagai program telah disusun oleh pihak pentadbiran sekolah sama ada melibatkan guru-guru atau pun para pelajar untuk memastikan kejayaan pelaksanaan Projek Rintis Sekolah Bestari. Tanggal 13 Ogos 1999 merupakan detik bersejarah bagi SMKBBS kerana pada tarikh tersebut, sekolah telah dirasmikan oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-4 iaitu, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir b. Mohammad.
Bermula sesi persekolahan 2003 sekolah dengan rasminya menjadi Sekolah Bestari setelah tamatnya projek rintis di penghujung tahun 2002. SMKBBS juga diberi kepercayaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk menjalankan Mata Pelajaran Vokasional (MPV) iaitu mata pelajaran Katering dan Penyajian Makanan serta Landskap dan Nurseri. Disamping itu sekolah juga tidak terkecuali dengan perubahan kaedah pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (ETeMS) yang melibatkan semua sekolah di Malaysia.
Sekolah satu sesi kembali dilaksanakan pada tahun 2004 disebabkan penurunan bilangan pelajar. SMKBBS telah diberi kepercayaan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia untuk terlibat dalam projek rintis Strengthening ICTs in Schools and SchoolNet Project in ASEAN Settings. Projek tersebut melibatkan 8 buah negara ASEAN iaitu Malaysia, Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Kambodia, Myanmar dan Laos. Melalui projek ini 3 buah sekolah mewakili setiap negara bermula dari tahun 2004 sehingga 2005. Disamping itu sekolah juga dicalonkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan dalam pertandingan Anugerah Kualiti Menteri Pendidikan kategori luar bandar tahun 2004. Maka pelbagai usaha dijalankan oleh warga sekolah bagi memastikan kejayaan kedua-dua program tersebut.

Falsafah Sekolah

Warga Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Serting berpotensi untuk mencapai kecemerlangan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan prinsip-prinsip Rukun Negara serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Usaha yang berterusan ini akan melahirkan warga sekolah Bestari yang berilmu pengetahuan berasaskan pemerolehan maklumat terkini, proaktif, kreatif, inovatif, bertanggungjawab dan bertrampilan.

Matlamat Sekolah

  • Mempertingkatkan pencapain akademik pelajar ke tahap yang lebih tinggi dalam keputusan PMR dan SPM.
  • Meninggikan tahap penglibatan dan pencapaian ko-kurikulum pelajar.
  • Mempertingkatkan prestasi disiplin pelajar.
  • Memelihara warga sekolah agar sentiasa berada dalam keadaan harmonis dan bersatu padu.
  • Berusaha untuk mencapai matlamat dan wawasan Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan dan Kementerian Pelajaran Malaysia

Catatan Dari Bumi UK

Assalamualaikum dan salam muhibah kepada pembaca-pembaca. Pertama sekali saya ingin merentaskan jaringan terima kasih kerana diberi peluang untuk menulis dalam blog ini. Untuk coretan pertama ini saya hanya ingin merelaikan hemat saya berkenaan penggunaan bahasa kebangsaan.

Berdasarkan pengalaman saya banyak rakyat Malaysia enggan berbahasa Inggeris kerana risau akan hilang kemelayuan mereka. Tidak pernah saya mampu memikirkan rasionalnya alasan tersebut justeru bingung mentafsirkannya. Kitapun bukanlah menggunakan bahasa Melayu yang betul dalam kehidupan seharian malah dengan merojakkan bahasa itu sebenarnya lebih terhina daripada tidak menggunakan bahasa itu langsung. Peratusan paling tinggi yang gagal matapelajaran Bahasa Melayu adalah murid-murid Melayu juga. Adakah kerana mereka ini berbahasa Inggeris sepanjang masa? Kita langsung tidak perlu meninggalkan terus bahasa Melayu hanya untuk berbahasa Inggeris. Jadi tidak timbul persoalan hilang kemelayuan seseorang itu.

Dalam pembelajaran sesetengah matapelajaran juga, penggunaan bahasa perantaraan selain bahasa Melayu tidak akan menjejaskan penguasaan seseorang terhadap bahasa ibundanya justeru membantu menguasai bahasa keduanya. Di Britain, mereka berbangga apabila mampu bertutur dalam lebih daripada satu bahasa. Kebanyakan mereka mempelajari bahasa Perancis dan boleh fasih bertutur selepas sekurang-kurangnya tiga tahun. Berapa tahunkah Bahasa Inggeris diajar dalam kurikulum pelajaran Malaysia? Apakah khilaf yang menyebabkan penguasaan bahasa tersebut sangat lemah kendatipun diajar lebih sedasawarsa? Walaupun fasih berbahasa Perancis, mereka masih menggunakan bahasa ibunda mereka dengan betul. Bahasa Inggeris terbaik dituturkan oleh Permaisuri Elizabeth. Raja-Raja Melayu pun berbahasa Inggeris. Perbendaharaan kata istana baginda-baginda ini yang didengar hanya ‘beta’,‘titah’,‘santap’ dan ‘mangkat’, itupun kerana telah diskripkan. Tiada juga bukti pembesar-pembesar negara tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah antarabangsa apabila mereka sendiri melaungkan pemerkasaan bahasa Melayu dan sekolah kebangsaan. Institusi-institusi tinggi yang penting dalam memartabatkan bahasa ibunda pula membenarkan penggunaan perkataan pinjaman. Saya tidak mahu menggunakan perkataan teknologi, saintifik, bas, beg, siling, komputer dan banyak lagi kerana saya sayang akan bahasa Melayu. Akan tetapi cuba berikan saya perkataan lain untuk menggantikan perkataan-perkataan tersebut. Mereka yang menulis kamus pun tidak akan mampu.

Kita seharusnya buka mata dan galas tanggungjawab di bahu untuk memartabatkan bahasa ibunda. Pada masa yang sama, kuasai bahasa lain untuk kita berupaya memartabatkan bangsa pula. Memang ada negara yang menolak bahasa kedua namun usahlah kita membandingkan diri kita dengan Jepun atau Rusia, kemajuan mereka jauh melampaui apa-apapun yang kita mampu bayangkan. Jadilah seperti ular yang menyusur akar, takkan hilang pula bisanya…Jumpa lagi

Salam dari

Mohd Fakhrul Rozi b. Abd Rahman

London, United Kingdom